Assalamualaikum ❤❤❤
For lepasan STPM 2015/2016 mesti tengah nervous kan sebab lagi sebulan ehh tak sampai sebulan dah result UPU 2017/2018 akan diumumkan. Jangkaan dalam awal bulan Ogos iaitu 1-5 ogos (masih belum ditetapkan)
In shaa Allah, kakak doakan engkorang dapatlah Universiti yg korang idam²kan tapi yang paling penting moga engkorang dapat bawak course yang engkorang dapat 😇 sebelum tu, buatlah keputusan yang tepat agar tidak menyesal di kemudian hari. Bagi yang rasa was² nak memilih Universiti atau course yang ditawarkan tu, bawak²lah buat solat istikharah. Bukannya nak memilih jodoh je boleh buat istikharah ye 😬 hahaha
Hm dan sebelum kakak terlupa, kakak nak pesanlah supaya engkorang buatlah persiapan yang rapi dalam masa tak sampai sebulan ni. Buatlah apa² preparation sama ada untuk kemasukan universiti seperti keperluan dan sebagainya mahupun duit perbelanjaan engkorang. Memang dalam masa pengajian tu, parents engkorang mestilah ada bagi kan duit belanja cuma takut engkoranglah tak cukup pulak so apa salahnya simpan sekarang. Masih sempat lagi ni 😂😂
So, kakak doakan engkorang dapat further study dan memperoleh degree yang diberkati oleh-Nya. For any updates about UPU, silalah rajin² melawat laman rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.com.my
~ fattyyy ❤
Comments
Post a Comment