Skip to main content

Jatuh cinta Khidmat Negara

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :) Hehe . Actually antry ni nak cerita pasal pengalaman aku ketika hujung tahun lepas . Tahu tak , apa yang aku paling taknak selama ni aku kena hadapi jugak . Ya Allah , seriously masa check pemilihan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara tu hati aku nervous gilaa wey . Tapi mimpi ngeri jadi kenyataan sebab tiba-tiba mesej berhantu ni masuk inbox : RM0.20 PLKN: Tahniah! 97051106**** anda terpilih menyertai PLKN Siri 12/2015. Penempatan kumpulan & kem latihan akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. Masa tu serious talk jantung aku macam dipam laju . Sangat menakutkan ! Sebabnya sebelum ni banyak aku dengar dari seniour seniour aku yang dulu makan garam kata yang national service ni kebanyakannya pelatih dia memang kene buli a.k.a ragging . Haishh ! Mana tak seram aku ni ? Even aku ni bekas pelajar asrama tapi aku tetap takut . Huaaa . Then tak lama lepas tu aku check penempatan kem tu pulak . RM0.20 PLKN: KUMP 1: KEM PLKN CAHAYA GEMILANG, CHERATING, PAHANG. PKP: PERHENTIAN BAS BARU TRIANG . LAPOR: 07-DIS-2014 , 9:30PG Lagi berbulu baca mesej tu . Aduhh sabar jelahh . Pejam celik pejam celik dah sampai waktu untuk daftar kem tu . Hahaa . Guess what ? Banyak gila barang aku bawak . Hati memang berat nak pergi tapi aku relakan hati demi berbakti kepada negara ( berbakti sangat ~ buat muka ) hehe :) perjalanan kitorang ambil masa dalam 3 jam atau lebih . Faham-faham jelah kalau ada perkataan 'atau lebih' tu . Maknanya aku memang tak sedarkan diri dalam bas . Untuk pengetahuan , aku memang pemabuk kenderaan orangnya :( cehh , dah sampai tu kitorang diarahkan berkumpul di Dewan Selera Hajah Hindon . After that , kitorang dibahagikan blok , kompeni , nombor indeks , nombor katil dan seangkatan dengannya ( actually tak berapa ingat ) Aku ditempatkan di blok P-6 dan untuk information dorm ni baru buat uolls . Kompeni pulak ada 4 - Alpha , Bravo , Charlie dan Delta . Aku ofcourse lha Alpha kan . Kahkah . Nombor indeks ? CBA 2061. Nampak ganas tak aku ? Siap ada nombor badan bagai . so disebabkan terlampau penat ~ journey yang jauh aku pon masuk lha blok untuk bersihkan locker yang sememangnya sebelum ni merupakan kamar lipas . Puiii . Pengetahuan tambahan , lipas kat kem ni memang mesra alam sebab selamba melintas depan kita tanpa segan silu . Lepas tu aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain pon pergi logistic untuk ambil pakaian 'sewa' yang seriously cakap semuanya nampak macam askar . Ops ! Bukan macam tapi memang askar . Malam tu aku tak buat apa-apa aktiviti selain daripada bergolek atas katil yang sangat empuk sebab bergerak pon bunyi spring . Cewahh ! *** Hari pertama and hari yang berikutnya rutin harian sama jeh . Takada yang beza kecuali ada apa-apa pindaan yang akan diumumkan oleh jurulatih bertugas . 5.00 pg ~ bangun tidur 5.30 pg ~ solat subuh 6.30 pg ~ PT pagi 7.30 pg ~ Breakfast 8.20 pg ~ kelas 10.00 pg ~ rehat 10.15 pg ~ sambung kelas 12.00 t/hari ~ lunch 1.15 ptg ~ solat zohor 2.20 ptg ~ aktiviti riadah 4.15 ptg ~ tea time 4.45 ptg ~ solat asar 5.15 ptg ~ sambung riadah 6.30 ptg ~ dinner 7.10 mlm ~ solat maghrib 8.45 mlm ~ solat isyak 9.00 mlm ~ kumpul di dewan 10.30 mlm ~ supper 11.00 mlm ~ tidur Tu jelah kot rutin harian yang aku buat selama 2 bulan 10 hari kat sini . Apa yang paling best , bila ada pelatih yang buat salah besar . Tahu tak dendanya apa ? Guess what ? Yeahh semua wira dan wirawati kena pakai full loreng tak kira lha berapa hari . Time aku dulu paling lama pon seminggu . Panas wey , berpeluh ketiak ni haa . Tapi moralnya kita kena sama-sama bertanggungjawab kalau ada antara kawan kita yang buat salah . Antara aktiviti yang kitorang buat kat kem ni ialah KEMBARA HALANGAN , SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK ( SSP ) , WIRA JAYA , FLYING FOX , KAWAD etc . Cehh tapi yang paling lenguh kaki time PEMBARISAN TAMAT LATIHAN . Gila kentang dia punya kawad . Semua nak perfect even kawad aku broken tapi aku still berusaha untuk nampak smooth jeh . Alhamdulillah , everything is fine . Jyeahh :) okay rasanya jari dah bengkok kot tulis panjang sangat . Hehee , kay lha thanks a lot for reading this blog . Hopefully apa yang aku share ni dapat beri ketenangan kepada kawan- kawan atau junior- junior yang dipilih kerajaan untuk berkhidmat kepada agama , bangsa dan negara . Good luck uolls . Lebiuu ~ assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

R i n d u Kau adalah satu patah kata, Ada dua suku kata, Vokalnya dua konsonan ada tiga, Nampak mudah tapi telah korban banyak raga. Dari baby kita dah rasa, Rindu mak ayah yang banyak berjasa, Tapi mula alpa bila dah dewasa, Sampai mak ayah kita terasa. Dah besar mulalah sibuk nak bercinta, Start dah dia meroyan meronta², Bila malam rindu tak terkata, Akan insan yang selalu bermain di mata. Sahabat waktu sekolah berkepit tak sudah, Kawan suka duka ponteng sekolah, Bila habis SPM semuanya takde dah, Balik kampung buat tak kenal bawa hondalah. Dengan adik beradik gaduh selalu, Bila tiada salah seorang mulalah merindu, Kalau ada bercakar tak menentu, Dah besar pon still macam gitu. Rindu ni sebenarnya tak bagus, Bila buat orang lain merengus, Tapi jadi bagus bila boleh buat ego hangus, Lagi cun kalau peroleh bahagia sekaligus.

Minimumkan Dosa Terhadap Ibubapa

Pertama, aku pesan awal² ok apa yang aku nak share ni all based on my life, my way. Bukan nak cakap aku ni baik sangat tapi sekadar secebis nasihat buat mereka yang masih punya mak ayah. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah terasa dengan orang tua aku tapi aku banyak diamkan diri. Cuma senyum dan mengiyakan apa yang mereka kata. Dua cara tu adalah cara paling berkesan untuk kau meminimumkan dosa dari kau digelar 'anak derhaka'. Kau jadi orang memang tugas kau adalah jaga banyak hati, especially hati orang tua kau. Mereka sentiasa nak betul, mereka sentiasa nak menang. Bak kata pepatah 'mereka lebih dulu makan garam',  dengan alasan itu. Kita mampu diam je. Hanya mampu tunduk dengar kata mereka. Aku tak nafikan mereka punya istimewa. Instinct mereka selalu tepat, nasihat mereka sangat berguna, cara mereka sangat berkesan. Namun, jangan kita lupa mereka juga punya silap. Mereka juga manusia. Manusia macam kita. Kita berhak menegur kekhilafan mereka dengan cara yang se...