Pertama, kau tulang belakang keluarga. Kedua, kau anak pertama yang lahir selepas pernikahan ibu bapa. Ketiga, kau yang paling boleh diharapkan untuk jaga adik-adik yang ada dibawah kau. Keempat.... Lu pikirlah sendiri. Hahaha.
Anak sulung, sedarkah kau bahawa kau sedang menggalas di bahu suatu tanggungjawab yang masa besar? Bersediakah kau untuk mengotakan setiap impian yang telah ibu bapa kau letak sejurus kau dilahirkan? Semua persoalan akan terungkai bila kau dah dewasa kelak.
Jika kau sudah dewasa, ini lah masanya kau tanya diri sendiri. Sudahkah kau berjaya membahagiakan kedua orang tua? Sudahkah kau buat mereka bangga dengan kejayaan yang telah kau kecapi? Sudahkah kau penuhi keinginan mereka? Jika belum, kau gagal jadi seorang anak yang sulung.
Ibu bapa terlalu meletakkan expectation yang tinggi terhadap anak sulung kerana bagi mereka, anak sulunglah yang perlu menjadi seperti apa yang mereka mahu. Namun, kau sebagai anak cuba untuk jadi seperti apa yang mereka expect supaya hajat mereka tercapai. Bukannya kau jadi kaya-raya baru digelar anak yang berguna, setidaknya jadi anak yang dengar kata.
Kepada anak sulung seluruh dunia, jadilah telinga yang setia mendengar setiap luahan hati mereka, jadilah mulut yang berhemah ketika berbicara dengan mereka dan jadilah anak seperti apa yang mereka jangka. Kau adalah personal assistant mereka, bila mereka tiada. Kau yang kena tanggung semua.
Comments
Post a Comment