Skip to main content

Jantung berdebar

Assalamualaikum you olls

Semoga jumaat hari ini memberi kedamaian dan keberkatan kepada anda² di luar sana (bunyi macam dj radio orkk) hahaha ok first of all, kakak nak ucapkan ribuan tahniah kepada awak² semua yang telah berjaya mendapat tawaran ke universiti. Semalam iaitu pada hari khamis, 03 ogos telah diumumkan tawaran ke universiti bagi lepasan STPM, STAM, matriks dan juga asasi untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Tahniah gaiss!

Kakak juga merupakan salah seorang lepasan STPM 2015/2016 dan kakak telah ditawarkan untuk menyambung ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dalam kursus Sastera. See, Allah SWT dah susun cantik² dah haluan hidup kita. Dia tahu yang kakak tak minat dengan bidang pengurusan maka, Dia letakkan kakak pada bidang sastera yang memang kena dengan jiwa kakak yang berseni ni. Hahaha.

03 September ni kakak dah kena mendaftar kat sana, so dalam masa sebulan ni kakak kenalah buat persiapan yang secukupnya sama ada dari segi persiapan fizikal mahupun mental. Don't worry sayang semua, Allah akan permudahkan semuanya. In shaa Allah.

So, let's start our journey babe! Semoga kita mendapat ilmu yang barakah dan berjaya di dunia juga akhirat. Cerita pasal USM pulak nanti kita sambung dalam entry lain ye sebab kakak tak tahu lagi gone gaye ghupe usm tu hahaha (loghat pahang) Thankyou.

~ fattyyy ❤

Comments

Popular posts from this blog

Jatuh cinta Khidmat Negara

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :) Hehe . Actually antry ni nak cerita pasal pengalaman aku ketika hujung tahun lepas . Tahu tak , apa yang aku paling taknak selama ni aku kena hadapi jugak . Ya Allah , seriously masa check pemilihan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara tu hati aku nervous gilaa wey . Tapi mimpi ngeri jadi kenyataan sebab tiba-tiba mesej berhantu ni masuk inbox : RM0.20 PLKN: Tahniah! 97051106**** anda terpilih menyertai PLKN Siri 12/2015. Penempatan kumpulan & kem latihan akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. Masa tu serious talk jantung aku macam dipam laju . Sangat menakutkan ! Sebabnya sebelum ni banyak aku dengar dari seniour seniour aku yang dulu makan garam kata yang national service ni kebanyakannya pelatih dia memang kene buli a.k.a ragging . Haishh ! Mana tak seram aku ni ? Even aku ni bekas pelajar asrama tapi aku tetap takut . Huaaa . Then tak lama lepas tu aku check penempatan kem tu pulak . RM0.20 PLKN: KUMP 1: KEM PLKN CAHAYA GE...

Rindu

R i n d u Kau adalah satu patah kata, Ada dua suku kata, Vokalnya dua konsonan ada tiga, Nampak mudah tapi telah korban banyak raga. Dari baby kita dah rasa, Rindu mak ayah yang banyak berjasa, Tapi mula alpa bila dah dewasa, Sampai mak ayah kita terasa. Dah besar mulalah sibuk nak bercinta, Start dah dia meroyan meronta², Bila malam rindu tak terkata, Akan insan yang selalu bermain di mata. Sahabat waktu sekolah berkepit tak sudah, Kawan suka duka ponteng sekolah, Bila habis SPM semuanya takde dah, Balik kampung buat tak kenal bawa hondalah. Dengan adik beradik gaduh selalu, Bila tiada salah seorang mulalah merindu, Kalau ada bercakar tak menentu, Dah besar pon still macam gitu. Rindu ni sebenarnya tak bagus, Bila buat orang lain merengus, Tapi jadi bagus bila boleh buat ego hangus, Lagi cun kalau peroleh bahagia sekaligus.

Minimumkan Dosa Terhadap Ibubapa

Pertama, aku pesan awal² ok apa yang aku nak share ni all based on my life, my way. Bukan nak cakap aku ni baik sangat tapi sekadar secebis nasihat buat mereka yang masih punya mak ayah. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah terasa dengan orang tua aku tapi aku banyak diamkan diri. Cuma senyum dan mengiyakan apa yang mereka kata. Dua cara tu adalah cara paling berkesan untuk kau meminimumkan dosa dari kau digelar 'anak derhaka'. Kau jadi orang memang tugas kau adalah jaga banyak hati, especially hati orang tua kau. Mereka sentiasa nak betul, mereka sentiasa nak menang. Bak kata pepatah 'mereka lebih dulu makan garam',  dengan alasan itu. Kita mampu diam je. Hanya mampu tunduk dengar kata mereka. Aku tak nafikan mereka punya istimewa. Instinct mereka selalu tepat, nasihat mereka sangat berguna, cara mereka sangat berkesan. Namun, jangan kita lupa mereka juga punya silap. Mereka juga manusia. Manusia macam kita. Kita berhak menegur kekhilafan mereka dengan cara yang se...