assalamualaikum
Perghh bersawang beb. Fuh fuhh 💦 hahaha setelah sekian lama jari yg comel ni tak menari² di atas keyboard handphone untuk meng'share' pengalaman yg tak seberapa ni. Sabojelah ye dakk.
***
Okeii first of all, today kakak taknak cakap banyak cuma nak luahkan rindu yang dah lama terpendam setelah dua tahun maybe tak bersua dalam blog ni huhu. Bukan apa, busy sangatlah mak jemah dalam melayari alam kehidupan ni. Opss bukan alam perkahwinan ok. Utk readers yg baru berjinak² mungkin tak tahu umur kakak berapa, kakak muda lagi k baru 19 tahun 11 bulan. Bulan mei ni cukup lah sweet twenty. Hehek.
***
Act selepas entry kakak yg kedua tu, kakak terus busy sebab kakak ditawarkan untuk sambung belajar di Tingkatan Enam, still sekolah yg sama sejak 7 tahun. Ya Allah, senior sangat kau nyah kat sekolah tu. Memang serious talk, dengan undang² kerajaan yg baru about budak form6 just pakai baju kurung bagi perempuan dan baju tie berkemeja bagi lelaki. Sangat membuatkan kami berasa seperti belajar di IPTA/IPTS. seriously tak bohong!
***
Bagi adik² lepasan SPM 2016, yg tak dapat mana² offer untuk further study kat university tu sokay. Youall still ada peluang iaitu menceburkan diri dalam bidang tingkatan 6. Simple! Bendanya sama je iaitu BELAJAR. If korang rasa korang hebat sangat dalam bidang sains, korang boleh masuk aliran SAINS (tak semua sekolah menawarkan bidang ini) dan kalau korang rasa korang tak berapa hebat sains, korang boleh ambil aliran SASTERA / KEMANUSIAAN (ditawarkan di semua sekolah yg ada tingkatan 6) haa, macam kakak pulak. Kakak ditawarkan untuk masuk aliran sains tapi disebabkan kakak kurang yakin untuk membawa bidang tersebut dan sebelum kakak terhanyut lebih jauh maka kakak decide untuk tukar ke aliran sastera. Hahahaha. That's mean kena tukar sekolah sekali. Memang banyak lah procedurnya. Tapi sabar itu indah
***
Tingkatan 6 sekarang dah guna sistem semester macam university so ada 3 semester yg korang kena tempuhi. Ranjau dan onak duri? Of course, semua benda yg kita buat mesti ada cabaran dan dugaan. Tapi kakak nak pesan awal² k, apa pun yg kita buat. Nawaitu kena sentiasa betul. BELAJAR UNTUK ALLAH SWT. In shaa Allah everything akan dipermudahkan. Back to our topic, masa sem 1 adalah sem yg sangat relax dan tenang. Korang sure boleh score pointer yg tinggi sebab takde apa pon yg memenatkan. Sama je macam SPM dulu. Tapi, haa tapi tu yg takut. Huhu, tapi kenalah berserta dengan DUIT. ehh bukan duit tu, Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Yeahh, barulah boleh score CGPA yg korang impikan. Bukannya dtg bergolek je k.
***
Namun, panas tidak sampai ke petang. Tetiba guruh daa petang tu. Haa, you know what, sem 2 adalah sem yg paling mencabar korang sebab masa tu korang first time kena buat benda yg korang tak pernah buat iaitu KERJA KURSUS. Hahaha dengar macam takde apa kan. Yg ada pengalaman je yg tahu betapa peritnya nak siapkan kerja kursus yg sangat mencabar fizikal dan mental. Macam kakak dulu, sem 2 kakak kena buat kerja kursus untuk PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU dan SEJARAH. Senang je act cuma kena banyak sabarlah dan kena kreatif serta berani utk acara pembentangan. Cikgu pulak macam biasalah, time tulah nak reject kerja kita. Hahahaha (gelak jahat) kerja kursus ni sama je mcm kita buat FOLIO masa zaman sekolah menengah dulu cuma yg bezanya, kerja kursus ni lebih detail dan kemas sebab akan disemak oleh MPM. so takkan nak buat cincai² kan. Untuk sem 3 pon sama, kakak kena buat untuk EKONOMI, PENGAJIAN PERNIAGAAN dan BAHASA MELAYU. Mesti korang pelikkan kenapa BM tu sampai dua kali kena buat. Sem 2 just kena buat 8 karangn berformat je dan sem 3 baru kerja kursus berkumpulan. BM je grouping tau, yg lain semuanya individual. Jgn nak mimpi eh. Tapi memang kental kakak cakap, bukan setakat tenaga je habis. Duit pon habis, mana taknya kena print benda alah tu banyak kali. Reject, pembetulan, print lagi. Pahceroh.
***
Yg pernah rasa je tahu macam mana perasaan sedih, gembira, penat, bosan, give up, fed up etc. Tak boleh digambarkan hm. Tapi benarlah kata orang, akan munculnya pelangi selepas hujan. Now kakak dah habis STPM 15/16. Sangat rasa bersyukur dengan result yg kakak dapat. Setimpal dengan usaha kakak selama ni. Yg repeat sangat membantu. Hohoho. Nampak tak kat situ tiap sem memang ada je subjek yg kena mengulang sebab tak score A (RM 50 dikenakan bagi setiap subjek yg ingin diulang) Alhamdulillah, segala penat lelah terbalas. Just tengah tunggu panggilan university je sekarang. Doakan kakak dapat sambung degree ok bebeh semua. Percayalah, kenangan tingkatan 6 yg kakak rindui sekarang 🍃
Thankyou, assalamualaikum.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :) Hehe . Actually antry ni nak cerita pasal pengalaman aku ketika hujung tahun lepas . Tahu tak , apa yang aku paling taknak selama ni aku kena hadapi jugak . Ya Allah , seriously masa check pemilihan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara tu hati aku nervous gilaa wey . Tapi mimpi ngeri jadi kenyataan sebab tiba-tiba mesej berhantu ni masuk inbox : RM0.20 PLKN: Tahniah! 97051106**** anda terpilih menyertai PLKN Siri 12/2015. Penempatan kumpulan & kem latihan akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. Masa tu serious talk jantung aku macam dipam laju . Sangat menakutkan ! Sebabnya sebelum ni banyak aku dengar dari seniour seniour aku yang dulu makan garam kata yang national service ni kebanyakannya pelatih dia memang kene buli a.k.a ragging . Haishh ! Mana tak seram aku ni ? Even aku ni bekas pelajar asrama tapi aku tetap takut . Huaaa . Then tak lama lepas tu aku check penempatan kem tu pulak . RM0.20 PLKN: KUMP 1: KEM PLKN CAHAYA GE...
Comments
Post a Comment